Sunday, September 28, 2008

为了功课而做一些自己没兴趣的事情

相信大家会有同感, 那就是, "为了功课, 为了分数而做一些自己没兴趣的事情",不清譬如, 看一些自己不喜欢看的戏, 写一篇又长又无聊的文章, 目的只是为了交功课, 满足老师或教授的要求, 作得不好 老师或教授就会数您没有用心去完成恁的功课, 做事马马虎虎, 结果给您较少的分数, 使您的成绩不理想...
老师或教授们, 有没有想过, 不是每个学生都那么聪明, 学生要做的功课十多样, 不是每个学生都能把课外活动和课业兼顾...不是每个学生都喜欢学校安排的所有科目...他们看不到学生的努力就下定论说那学生没有用心做功课...
真无奈... 做功课, 考试, 成绩...能代表些什么呢? 未来真的能掌握在自己手中吗?

Hati Malaya , 1957

Filem Hati Malaya arahan Suhaimi Baba adalah antara filem tempatan yang terbaik yang pernah ditonton oleh saya, filem ini bertemakan semangat patriotik dan melatarkan zaman kemerdekaan iaitu sekitar tahun 1957.
Idea utama filem ini adalah semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat tempatan tidak mengira bangsa dan kaum yang ingin memerdekaan diri dari penjajahan. Suhaimi Baba telah menujukkan dua jenis perjuangan yang berlainan dari segi idealogi tetapi sebenarnya bermatlamat pada satu. Filem mefokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, dan Datuk Onn Ja’afar, merupakan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946. Kedua-dua pemimpin ini berusaha untuk membebaskan rakyat dari belenggu jajahan walaupun mendapat tentangan dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan.
Pelakon-pelakon yang memegang watak utama adalah Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli, Sharifah Amani, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Ida Nerina dan Douglas Lim. Kamarulzaman Taib yang memegang watak Tunku berjaya menarik perhatian penonton. Lakonannya cukup berkesan dan begitu juga dengan watak Onn Jaafar yang dilakonkan oleh Zaefrul Nadzarine. Filem ini memaparkan beberapa khazanah negara dan situasi bersejarah seperti memaparkan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar serta saat-saat bendera Union Jack diturun dan merdeka dilaungkan. Menerusi filem ini juga kita dapat melihat betapa tingginya semangat diri kaum Melayu ketika itu, ini dapat dilihat menerusi babak penduduk Malaya yang inginkan kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London. Senario itu ditunjukkan sewaktu Tunku berucap menjelaskan yang dia dan rakan-rakan kekurangan perbelanjaan untuk pergi menuntut kemerdekaan di London, ini secara jelas menujukkan sikap rakyat melayu yang tetap taat setia kepada raja.

Pada perrmulaan filem ini ditunjukkan kehidupan bandar kosmopolitan yang melatarkan suasana masa kini bersama kehidupan sekumpulan remaja iaitu Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee yang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku yang berjudul ‘1957 Hati Malaya’. Melalui projek penerbitan ini mereka dapat menghayati dan memahami perjuangan kemerdekaan. Filem ini menggunakan teknik mengimbas kembali zaman kemerdekaan dimana kedua-dua zaman ditunjukkan secara berselang-seli. Ini agak mengelirukkan penonton kerana seperti tiada permulaan dan pangkal bagi membezakan babak yang menujukan keadaan semasa dan babak zaman kemerdekaan. Jalan cerita filem ini beremosi dan dapat menggerakkan penonton mengikut plot yang dibina dengan baik. Lirik lagu bersama muzik yang digunakan sebagai latar setiap babak seolah-olah memberi sesuatu mesej kepada penonton tentang babak tersebut. Ini juga menyebabakan kita menghayati babak tersebut. Babak yang menggambarkan hari 31 Ogos 1957, apabila bendera British diturunkan dan Bendera Malaysia dinaikkan dan seterusnya lagu negaraku dimainkan hebat dan apabila kita menonton babak ini akan dapat merasakan perasaan yang begitu gembira dan bangga.
Filem ini juga telah menyelitkan isu kekeluargaan, percintaan, konflik dan perpaduan antara kaum. Menerusi filem ini kita dapat melihat pertembungan antara dua ideologi pemimpin yang berlainan iaitu Tunku dan Onn Jafaar, selain itu menujukkan bahawa dua golongan iaitu rakyat biasa dan golongan elit atau berpelajaran turut terlibat dalam usah menuntut merdeka. Suhaime Baba mampu membawa senario zaman menutut kemerdekaan di depan mata kita seolah-olah kita berada di situasi itu, kehangatan ambang kemerdekaan pasti dapat dirasai oleh semua penonton.
Penulisan skrip yang bagus telah menjadikan sejarah kemerdekaan sesuatu yang menarik untuk di tonton. Hati Malaya juga berjaya mengingatkan kembali beberapa perkara seperti nilai kebudayaan, kemasyarakatan, dan cara hidup yang kian luput dalam arus kemodenan. Selain itu, filem ini juga menunjukkan bahawa bukan Tunku seorang sahaja yang bertanggungjawab sepenuh ke atas kemerdekaan, ramai pemimpin yang telah dilupakan oleh rakyat kerana tiada pendedahan yang banyak tentang mereka tetapi menerusi Hati Malaya kita dapat melihat beberapa tokoh seperti Zaaba, Ibu Zain yang turut menyumbang dalam usaha mendapatkan kemerdekaan, filem ini membuatkan kita mengingati kembali mereka.
Set dan ‘props’ yang digunakan telah menghidupkan zaman sekitar 1940-an walaupun keadaan Kampung Baru kini telah berubah. Pakaian yang digunakan oleh barisan pelakon dalam babak-babak zaman pra-kemerdekaan menepati ciri-ciri kemelayuan rakyat pada waktu tersebut seperti kaum wanita berbaju kebaya , baju kurung, berselendang,dan baju melayu bagi lelaki. Di dalam filem ini, ada sebuah babak yang sangat menarik iaitu ialah gaya pecahan rakaman Onn Jaafar bersama pengikutnya dan Tunku dengan pengikutnya semasa bercakap tentang perselisihan faham di antara mereka, gaya ini merupakn satu sinematik yang baik.
Watak utama dalam filem ini ialah Tunku Abdul Rahman (lakonan Kamarulzaman Taib) dan Dato’Onn Jaafar (lakonan Zaefrul Nordin), kedua-dua watak ini telah memberi kesan yang mendalam kepada khalayak lakonan mereka dari segi gaya percakapan, berjalan dan solekan juga berjaya mengubah pelakon-pelakon bukan saja dari segi fizikal, malah penghayatan serta mainan emosi pelakon itu berjaya mendapat tempat di hati penonton.
Watak Tunkun digambarkan dengan jelas bahawa beliau seorang yang tidak banyak bercakap, tidak mengambil keputusan yang terburu-buru, penyayang, seorang yang berjiwa rakyat dan menggunakan loghat kedah semasa bercakap. Tunku juga seorang yang beremosi ini ditunjukkan dalam babak apabila beliau dapat sokongan orang ramai dengan memberikan duit dan barang kemas yang ada pada mereka sebagai sumbangan membiayai kos hendak pergi ke London untuk membincangkan perihal tuntutan kemerdekaan, beliau menangis dan mengucap terima kasih kepada orang ramai.
Dato’Onn Jaafar pula adalah seorang watak yang paling penting dalam filem tersebut. Shumi cuba menghidupkan Dato’Onn Jaafar dalam file mini dan memberitahu khalayak tentang perjuangan sebenar Dato’Onn Jaafar dalam sejarah Malaysia. Berwatakkannya seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan tajam. Tiada seorang yang mamahami apa yang tersirat dalam permikirannya dan juga hati seorang pemimpin yang agung pada zaman tersebut. Dato Onn tidak melihat kepada keselesaan dan nikmat yang pendek tetapi melihat kepada keharmonian, kemakmuran dan kebahagian yang berpanjangan dan berkekalan.

Maya Karin memainkan dua watak iaitu satu sebagai seorang gadis di kampung yang menjadi penyokong setia kepada UMNO di bawah kepimpinan Tunku dan remaja moden yang berpendidikan yang membuat kajian tentang sejarah kemerdekaan. Dia telah Berjaya menghidupkan watak yang dipegangnya, matanya mampu bercerita dan menujukkan emosinya dengan hanya air muka walaupun wataknya tidak banyak berdialog.Suhaime Baba telah menggunakan kisah cinta di antara dua pemuda pada masa itu untuk menarik perhatian khalayak supaya tidak berasa bosan kerana jalan ceritanya adalah bersejarah seolah-olah dokumentari, iaitu watak yang dilakonkan oleh Maya Karin dan Rusdi Ramli, walaupun kedu-dua watak ini menyokong gerakan pemimpin yang berlainan namun perasaan cinta masih mendalam dan akhirnya mereka bersatu, babak percintaan yang di tunjukkan sangat dramatik dan memebuatkan penonton hendak mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya, adakah cinta mereka berjaya atau gagal.

In The Mood For Love

Babak yang dipilih oleh kami untuk menganalisis adalah dari filem In The Mood For Love, iaitu babak yang menujukkan watak utama iaitu Pn.Chan (heroine) yang sedang berjalan menuju ke kedai sambil membawa bekas makanan untuk membeli mee sup dan bertembung dengan En. Chow (hero) di lorong tangga yang himpit dan agak malap dan mereka tidak bercakap sepatah, hanya ‘eyecontact’ sahaja (minit ke-23). Kemudian hujan mula turun membasahi mereka, kedua-dua watak utama tersebut menunggu (di lokasi berlainan) sehingga hujan berhenti dan kemudian balik ke rumah masing-masing. Oleh kerana mereka berdua jiran, Pn.Chan dan En.Chow bertemu semula dihadapan pintu masuk rumah mereka dan bercakap untuk seketika (bertanya tentang pasangan masing-masing) sebelum memasuki ke dalam rumah. Babak ini berdurasi 1 minit 10 saat manakala durasi keseluruhan filem ini adalah 1 jam 31 minit. Filem bergenre romantik drama ini penuh dengan babak-babak yang estetika yang bermula sekitar tahun 1960-an di Hong Kong.

Pada awal babak ini kamera menujukkan pergerakan dimana fokus kepada Pn.Chan yang memegang bekas makanan dari arah bawah dan kemudian kamera mula tilt up dan pandangan dari arah belakang ditunjukkan kemudian dalam framming yang sama juga kemunculan En.Chong ditunjukkan dari arah hadapan Pn.Chan, pandangan kedua-dua watak dari sisi ditunjukkan menerusi medium long shot dan kamera statik, menujukkan watak lelaki tersebut berlalu dengan menggunakan slow motion. Selepas itu, kamera fokus pada lampu tepi jalan dan hujan mula turun dengan kamera yang statik. Watak perempuan yang berlari anak supaya tidak basah ditunjukkan dalam medium close up, manakala watak lelaki yang berdiri dan merokok di lorong tangga ditunjukkan dari medium establish shot dengan bergerakan kamera dari kanan ke kiri. Curahan air hujan ditunjukkan dari high angle dan kamera bergerak mengikut pergerakan hujan yang semakin lebat. Kemudian menunjukkan syot dimana kedua-dua watak yang sedang menaik tangga kemudian off screen dan menggunakan jump cut untuk menunjukkan kedua-dua watak tersebut dihadapan pintu rumah masing-masing. Seterusnya, syot ini dirakamkan dengan menggunakan eye level iaitu kamera menujukkan muka Pn.Chan dari arah pandangan En.Chow dan semasa menujukkan muka En.Chow pula kamera berarah dari pandangan Pn.Chan tersebut dimana kedua-dua watak sedang berbual dalam syot ini.

Props dan Settings yang digunakkan dalam babak ini adalah klasik iaitu melatarkan keadaan tahun 60-an. Dalam babak ini ditunjukkan wanita itu sedang jalan berseorangan di sebuah lorong, kita dapat melihat bangunan yang agak lama termasuk poster yang dilekatkan atas dinding yang mempunyai satu lorong tangga menuju ke gerai mee yang gelap. Setting lorong ini merepresentasi suasana kesunyian yang dialami oleh kedu-dua watak dalam filem ini adalah sama. Setting gerai mee pula tidak ditunjukkan secara keseluruhan, banyak ruang-ruang yang sengaja disembunyikan oleh pengarah bagi mencungkil perasaan ingin tahu penonton dan mengambarkan keadaan misteri (latar belakang tentangan pasangan hero dan heroin masih tidak diketahui oleh penonton). Menerusi babak ini juga dapat melihat banyak ruang-ruang yang kosong telah digunakkan seperti lorong yang digunakan oleh Pn.Chan kosong dan hanya melatarkan tembok dinding di sepanjang jalan yang dilaluinya, ini menujukkan kekosongan jiwanya tanpa teman di sisi. Bekas mee yang kosong dibawa oleh Pn.Chan juga merepresentasikan “kekosongan” dalam dirinya dan ingin diisikan kerana suaminya sentiasa tiada disisinya.

Make-up dan costume yang digunakan dalam babak ini di mana pelakon wanita menggunakan solekan yang menampakkanya sebagai seorang wanita muda yang cantik dan anggun, solekan yang berwarna natural itu menujukkan dengan tepat seperti wanita yang berada sekitar tahun 1960-an. Tambahan pula dandanan rambutnya yang disanggul padan dengan cheongsam yang dipakainya mengikut bentuk badan, caranya memegang dompet dan sapu tangan mencerminkan ciri-ciri kewanitaan dan perwataknya yang ayu lemah-lembut dapat memberikan penonton berasaan sama dengan tahun 60-an. Pn.Chong memakai cheongsam yang berwarna hitam yang berjalur dengan warna kelabu dimana warna ini menujukkan kebenaran hidup dan kesedihan yang tersembunyi dalam babak ini. Manakala penampilan En.Chow yang memakai kemeja putih, kot serta slack berwarna gelap dan bertali leher yang tidak begitu lebar menggambarkan dia sebagai seorang yang maskulin, kemas dan sentiasa fokus pada kerjayanya. Dengan ini, penampilan mereka berdua membantu penonton untuk memahami watak mereka dalam jalan cerita filem ini.

Pada aspek suntingan dalam babak ini adalah menarik, dimana terdapat unsur ‘romantic dissolve’, babak ini pendek dan ringkas namun mampu menceritakan banyak perkara, shots telah diambil dari pelbagai ‘sudut’ ini dapat dilihat semasa menujukkan cara Pn.Chan berjalan ke kedai mee, iaitu menunjukkan dari sisi pandangan belakang, fokus kepada tangan yang memegang bekas mee ini menujukkan tujuan utamanya ke kedai adalah untuk membeli mee dan cara En.Chow berdiri di lorong tangga ditunjukkan melalui establish shot. Selain itu hasil daripada suntingan graphic relating, lokasi dan watak yang berlainan ditunjukkan dalam satu babak pada masa yang sama, dimana kamera menujukkan aksi Pn.Chan duduk di gerai menunggu untuk mee disiapkan melalui kedudukan kiri frame (medium long shot) dan kemudian menujuk En.Chow berdiri di tangga sambil merokok (establish shot), walaupun visual yang ditunjukkan berbeza tetapi masih ada kesinambungan, kordinasi shot yang dicantumkan ini menujukkan seolah-seolah ada sesuatu hubungan akan bermula atau ada antara mereka berdua dalam perjalanan cerita. Kamera hanya berfokus pada dua watak utama filem ini ketika babak ini. Selain itu, teknik jump cut juga digunakan untuk menunjukkan apa yang berlaku pada dengan yang sebenar.

Semasa mereka bertembung, hujung baju Pn.Chan akan bergeseran dengan lutut En.Chow ini kerana keadaan yang himpit di lorong tangga tersebut secara tersiratnya menujukkan bahawa perasaan cinta mula berputik. Keadaan sosiologi dan psikologi watak tersebut turut digambarkan menerusi ruang yang kecil dan sempit yang terpaksa berkongsi sama, dimana dalam kehidupan sebenar juga mereka berdua berkongsikan pengalaman yang sama iaitu pasangan hidup mereka tidak disisi mereka. Semasa menggunakan lorong tangga tersebut kedua-dua watak menghala badan mereka kearah dinding seolah-oalah membelakangkan diri mereka supaya tidak berselisih bahu, ini menujukkan bahawa mereka masih mahu berpisah dari segi fizikal walaupun bersatu secara emosi dan cara pemikiran. Menerusi babak ini juga dapat melihat mereka berdua sedang mencari perkara yang sama, iaitu teman ini ditunjukkan dengan menggunakan makanan yang sama dicari oleh mereka ‘mee sup’ dan ini menunjukkan konflik dalaman iaitu mereka mensyaiki pasangan mereka tidak setia pada mereka tapi takut untuk membuktikannya.

Dalam babak ini juga elemen hujan ditunjukkan di medium long shoot dari high angle untuk beberapa saat, shot ini menujukkan titisan air hujan yang membasahi lantai, pada pandangan kami ia mengambarkan perasaan kesedihan dan konflik emosi yang ‘membasahi’ jiwa watak tersebut. Hujan juga menyimbolkan perasaan atau keberahian mula wujud diantara mereka. Dalam kata lain, hubungan antara mereka bukan sahaja sekadar “jiran”.

Lakonan pelakon utama Pn.Chan (Maggie Cheung) dalam babak ini, setiap perubahan mood dan perasaannya digambarkan melalaui mata dan riak mukanya dengan baik. Ini dapat dilihat semasa menegur sapa jirannya walupun dia tersenyum di bibir namun matanya masih menujukkan keengganan untuk bersapa kerana malu dan kehampaan, dan adegan meronyokkan sapu tangannya semasa duduk di kedai mee menujukkan kepada kita tentang keresahannya walaupun tidak berdialog di sini, teknik dissolve digunakan dimana penonton dapat mendekatkan diri dengan perasaan watak. Cara Pn.Chan berjalan dan lenggoknya yang berirama seperti menceritakan sesuatu tentang dirinya kepada penonton, caranya mengatur langkah semasa berjalan mampu mewujudkan mood ‘melodrama’ dan menujukkan norma wanita yang realiti Penggunaan “Slow Motion” dapat menarik perhatian penonton untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. Ekspresi dan pergerakannya mampu menyampaikan maksud kandungan cerita kepada penonton. Lakonan watak En.Chow (Tony Leung) juga menghidupkan babak ini di mana mimik mukanya menggambarkan perasaan yang sedang. Semasa Pn.Chan bertanya tentang isterinya riak mukanya jelas menujukkan bahawa apa yang dijawabnya adalah bukan benar kerana dia mengelak berpandangan dengan Pn.Chan. Caranya merokok membuatkan penonton turut menyelami perasaan atau mood kesepian yang sedang dialami dan menujukkan ‘kemachoan’nya.

Soundtrack yang digunakan sebagi latar dalam babak ini adalah Yumeji’s Theme. Lagu ini adalah jenis Waltz yang bertempoh sederhana cepat. Ia membantu menguatkan impak babak ini di menyentuh hati penonton, muzik yang mengikut rentak perjalanan cerita babak ini amat menarik. Dengan melatarkan muzik ini pengarah mampu meraih mood percintaan di kalangan penonton dan membawa mereka kembali ke zaman 60-an. Manakala Low key lighting telah digunakan semasa kamera menujuk semasa watak-watak tersebut melalui lorong iaitu cahaya gelap mendominasikan lokasi tersebut supaya memberi kesan yang gelap bagi menujukkan watak tersebut masih dalam kekecewaan dan kesunyian dan tiada teman di sisi ditunjukkan semasa berjalanan pergi ke gerai makan. Semasa mereka tiba di depan pintu rumah, lighting yang digunakan adalah high key lighting, tujuannya adalah untuk menggambarkan reality kerana ia akan mengurangkan dramatik. Ini juga menujukkan keadaan yang ceria seolah sudah menemui teman dan tiada lagi kesunyian. High key lighting digunakan di sini adalah untuk mengurangkan unsur dramatik supaya penonton dapat memperhatikan dialog yang dibawa oleh kedua-dua watak tersebut.

Aspek-aspek yang telah digunakan dalam babak tersebut yang telah disenaraikan di atas saling berkait antara satu sama lain, seperti penggunaan lagu Yumeji’s Theme adalah berkait rapat dengan pergerakan kamera dan juga apa yang dirakamkan. Ini dapat menarik perhatian penonton dan menunjukkan perasaan watak-watak kepada penonton supaya penonton dapat merasai saat-saat yang dilalui oleh watak-watak dalam babak itu walaupun tanpa sebarang dialog. Selain itu, alat musik yang digunakan adalah Viola dari keluarga String dengan menggunakan bunyi Viola sebagai Melody kerana Pitching Viola tidak tinggi dan dapat menunjukkan perasaan kesunyian dan pencarian cinta watak-watak dalam babak ini. Melody yang dimainkan dapat menunjukkan suasana tahun 60-an seperti apa yang dimainkan melalui sound machine. Penggunaan lagu ini dalam keseluruhan filem tersebut adalah sebanyak lapan kali. Menurut Michael Rabiger, “music can be as a dramatic crutch….For the audience, music is like a drug habit; pleasant in the beginning and painful when perceived to be withdrawn.”(Rabiger. M, 2003).

Babak ini merupakan titik permulaan berlakunya interaksi antara mereka dan mula saling faham memahami antara satu sama lain. Sebelum babak ini, Ah Beng telah memberitahu bahawa dia jumpa isterinya bersama dengan lelaki lain di kedai. Dalam babak yang lain pula, setelah Pn.Chan bertanya dengan Pn.Chow di rumahnya adakah En.Koo dan isterinya telah balik, sebenarnya melalui mimik muka Pn.Chan, penonton tahu bahawa dia sengaja pergi ke rumah Pn.Chow bertujuan mencari suaminya, dengan ini penonton dapat mengetahui bahawa En.Chan dan Pn.Chow mempunyai sesuatu hubungan dan tidak setia dengan pasangan masing-masing.

Secara kesimpulannya, elemen-elemen seperti mise-en-scene, suntingan, bunyi berinteraksi antara satu sama lain dalam menjadikan babak ini sebagai sebuah adegan yang menyeluruh. Dalam babak ini, elemen-elemen tersebut telah memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan plot dan menjadikannya lebih menarik serta membuatkan penonton berasa berada dekat dengan watak-watak.