Wednesday, February 18, 2009

Menjaga kesihatan alam sekitar, menjaga kesihatan anak kita

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Selain itu, alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Filem The Day After Tomorrow (2004) telah menceritakan kekuatan alam sekitar, ia boleh memberi kita keselesaan dan boleh juga merampas balik apa yang diberikan olehnya.

Menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap orang yang berhidup di bumi ini dan telah pun tahu kepentingannya dalam kehidupan kita tetapi tidak diambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, apa yang berlaku sekarang ialah cuaca sedang perubah di seluruh dunia. Contohnya, negara-negara mengalami masalah kesesakan yang dibawa oleh penurunan salji yang serius seperti apa yang sedang berlaku di Victoria (Australia) dan negara-negara yang mengalami musim kemarau sehingga sumber air tidak mancukupi untuk bertumbuhan padi seperti China. Ini disebabkan oleh pemanasan global yang semakin meningkat akibat daripada kegagalan menjaga ‘kesihatan’ alam sekitar. Pada tahun lalu, didapati banyak berita tentang perubahan cuaca membawa banyak masalah kepada manusia seperti hujan lebat menyebabkan runtuhan tanah yang melibatkan nyawa dan harta benda, gempa bumi yang berlaku di Si Chuan telah menyeksakan lebih daripada 4500 juta orang mengalami masalah tempat tinggal dan berlajar, dan musim salji yang telah menyebabkan berpuluh-puluh orang meninggal dunia di luar negara baru-baru ini.

Cameron Highlands adalah salah satu tempat pelancongan di negara kita dan contoh terbaik yang mengalami masalah pemanasan global. Ramai pelancong suka cuaca yang lebih sejuk dan udara yang segar berbanding dengan tempat tinggal mereka seperti Kuala Lumpur. Adakah anda tahu bahawa suhu sepanjang tahun sepuluh tahun yang lalu adalah antara 14°c hingga 20°c tetapi dalam beberapa tahun ini telah menigkat sebanyak 10°c iaitu mencapai antara 17°c hingga 30°c. Oleh itu, terdapat semakin ramai orang memasang kipas atau penyaman udara di sebahagian tempat tinggal (Bertam Valley dan Ringlet). Punca utama kenaikan suhu ialah pembalakan secara besar-besaran dijalankan kerana pembinaan hotel atau tempat pelacongan (kerbun bungan dan sayur) walaupun tempat tinggal dan tempat pelancongan telah mencukupi. Bertambahan tempat tinggal akan menyebabkan bertambahan penghasilan sampah yang dihasilkan oleh pelancong yang semakin ramai. Justeru itu, tujuan utama pembinaan tersebut adalah mendapat keuntungan yang lumayan tetapi mereka tidak mengambil kira tentang menjaga alam sekitar yang ada di Cameron Highlands.

Ibubapa memberitahu saya bahawa mereka yang selalu bermain di bawah hujan semasa kecil tidak akan jatuh sakit berbanding dengan sekarang disebabkan hujan asid yang berpuncan pencemaran udara akan menyebabkan mausia jatuh sakit, membunuh tumbuh-tumbuhan, mejejaskan kualiti tanah dan juga pencemaran air. Selain itu, penggunaan bahan kimia berlebihan akan menyebabkan peningkatan pencemaran dan juga menjejaskan kesihatan manusia secara tidak langsung. Munurut kajian, kira-kira 70% masalah pencemaran sungai di Malaysia adalah disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksit.

Apa yang kita boleh lakukan setiap hari ialah menjaga kebersihan alam sekitar dengan memberi kerjasama dan melibatkan diri dalam aktiviti kitar semula supaya sampah sarap dapat dikurangkan. Selain itu, sumber-sumber semula jadi negara kita, termasuk air, udara, tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan mesti dikawal keselamatannya. Semua barangan yang kita gunakan pada hari ini adalah dibuat daripada bahan-bahan semula jadi. Oleh itu, jika alam sekitar tidak dijaga dengan baik, jumlah hasil pertanian (termasuk perikanan) akan menurun dan menyebabkan kekuruang makan seperti apa yang berlaku pada tahun lepas iaitu peningkatan harga beras dan gandum. Menjaga kualiti alam sekitar supaya dapat memberi suasana yang sihat untuk kehidupan anda dan anak anda pada masa depan.

Tahap pengetahuan mausia meningkat, pencemaran alam sekitar meningkat

Peluang pendidikan disediakan oleh pihak kerajaan kepada semua rakyat Malaysia dan tahap pendidikan sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti sentiasa dinaik tarafkan supaya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bersopan, berilmu dan dapat menjadikan negara kita sebagai ‘negara maju’ pada tahun 2020.

‘Pendidikan dan kesedaran’ adalah strategi pertama yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS). Dari segi pendidikan, semua pelajar sekolah rendah dapat pengetahuan tentang menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya ‘jangan membuang sampah merata tempat’. Dari segi kesedaran pula, kempen-kempen yang dijalankan seperti Kempen Selamatkan Alam Kita oleh JAS dan kempen lain selalu diadakan tetapi nampaknya tidak dapat samputan yang hebat sama seperti konsert penyanyi walaupun penyertaan kempen tersebut adalah percuma.

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan dengan tujuan untuk :-

  • Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan poduktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
  • Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua sektor masyarakat.
  • Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Manakala Strategi Hijau Malaysia akan menumpukan ke arah bidang-bidang berikut:-

  • Pendidikan dan kesedaran.
  • Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar.
  • Perancangan bersepadu pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu.
  • Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar.
  • Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian.
  • Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat.
  • Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-pelan tindakan.
  • Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan rpoduktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
  • Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua sektor masyarakat.
  • Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Ramai orang tahu masalah pencemaran alam sekitar adalah sesuatu yang membahayakan kesihatan manusia dan juga bumi kita. Dan masalah ini disebabkan daripada aktiviti harian kita seperti membuang sampah merata tempat, pembakaran secara terbuka, pembalakan secara haram dan sebagainya. Adakah dasar yang diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar diketahui oleh orang ramai?

Apa yang saya nampak ialah ramai orang buang sampah keluar dari kereta mereka tengah perjalanan dan ramai pihak pembinaan bangunanan masih mengamalkan pembakaran sampah secara terbuka. Buang sampah dalam tong sampah yang disediakan di tepi jalan adalah satu tindakan yang bertanggungjawab dan ini mestilah ditunjuk ajar oleh guru-guru dan juga ibubapa kepada kanak-kanak. Walaupun begitu, ramai orang dewasa juga tidak mengamalkan ‘buang sampah dalam tong sampah’ walaupun telah ditunjuk ajar apabila di sekolah rendah.

Pihak kerajaan telah menjalankan banyak aktiviti untuk menyebarkan pengetahuan dan cara mempelihara alam sekitar termasuklah kempen, menjalankan aktiviti gotong-royong sama ada di sekolah dan juga kawasan rumah, penerbitan poster, majalah, pesanan khidmat awam di televisyen dan radio, membina papan tanda ‘jangan membuang sampah merata tempat’ di kawasan yang dan juga internet. Tetapi nampaknya aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan tidak berkesen kepada ramai orang. Contohnya, di bawah papan tanda “Dilarang membuang sampah di sini. Denda RM 500”, di situlah yang mengumpul banyak sampah-sarap. Ini disebabkan oleh pihak yang terlibat dalam mengambil tindakan terhadap orang yang melanggar undang-undang tidak tegas. Selain itu, ibubapa tidak mengawal perbuatan anak yang membuang sampah merata-rata. Mendidik anak bukan sahaja tanggungjawab guru-guru di sekolah dan juga tanggungjawab ibubapa juga.

Apakah yang kita boleh buat ialah jangan membuang sampah merata-rata dan membahagikan jenis sampah yang boleh kitar semula dan sisa makanan.

“Mengurang pencemaran alam sekitar, tanggungjawad kita.”