Sunday, September 28, 2008

Hati Malaya , 1957

Filem Hati Malaya arahan Suhaimi Baba adalah antara filem tempatan yang terbaik yang pernah ditonton oleh saya, filem ini bertemakan semangat patriotik dan melatarkan zaman kemerdekaan iaitu sekitar tahun 1957.
Idea utama filem ini adalah semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat tempatan tidak mengira bangsa dan kaum yang ingin memerdekaan diri dari penjajahan. Suhaimi Baba telah menujukkan dua jenis perjuangan yang berlainan dari segi idealogi tetapi sebenarnya bermatlamat pada satu. Filem mefokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, dan Datuk Onn Ja’afar, merupakan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946. Kedua-dua pemimpin ini berusaha untuk membebaskan rakyat dari belenggu jajahan walaupun mendapat tentangan dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan.
Pelakon-pelakon yang memegang watak utama adalah Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli, Sharifah Amani, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Ida Nerina dan Douglas Lim. Kamarulzaman Taib yang memegang watak Tunku berjaya menarik perhatian penonton. Lakonannya cukup berkesan dan begitu juga dengan watak Onn Jaafar yang dilakonkan oleh Zaefrul Nadzarine. Filem ini memaparkan beberapa khazanah negara dan situasi bersejarah seperti memaparkan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar serta saat-saat bendera Union Jack diturun dan merdeka dilaungkan. Menerusi filem ini juga kita dapat melihat betapa tingginya semangat diri kaum Melayu ketika itu, ini dapat dilihat menerusi babak penduduk Malaya yang inginkan kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London. Senario itu ditunjukkan sewaktu Tunku berucap menjelaskan yang dia dan rakan-rakan kekurangan perbelanjaan untuk pergi menuntut kemerdekaan di London, ini secara jelas menujukkan sikap rakyat melayu yang tetap taat setia kepada raja.

Pada perrmulaan filem ini ditunjukkan kehidupan bandar kosmopolitan yang melatarkan suasana masa kini bersama kehidupan sekumpulan remaja iaitu Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee yang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku yang berjudul ‘1957 Hati Malaya’. Melalui projek penerbitan ini mereka dapat menghayati dan memahami perjuangan kemerdekaan. Filem ini menggunakan teknik mengimbas kembali zaman kemerdekaan dimana kedua-dua zaman ditunjukkan secara berselang-seli. Ini agak mengelirukkan penonton kerana seperti tiada permulaan dan pangkal bagi membezakan babak yang menujukan keadaan semasa dan babak zaman kemerdekaan. Jalan cerita filem ini beremosi dan dapat menggerakkan penonton mengikut plot yang dibina dengan baik. Lirik lagu bersama muzik yang digunakan sebagai latar setiap babak seolah-olah memberi sesuatu mesej kepada penonton tentang babak tersebut. Ini juga menyebabakan kita menghayati babak tersebut. Babak yang menggambarkan hari 31 Ogos 1957, apabila bendera British diturunkan dan Bendera Malaysia dinaikkan dan seterusnya lagu negaraku dimainkan hebat dan apabila kita menonton babak ini akan dapat merasakan perasaan yang begitu gembira dan bangga.
Filem ini juga telah menyelitkan isu kekeluargaan, percintaan, konflik dan perpaduan antara kaum. Menerusi filem ini kita dapat melihat pertembungan antara dua ideologi pemimpin yang berlainan iaitu Tunku dan Onn Jafaar, selain itu menujukkan bahawa dua golongan iaitu rakyat biasa dan golongan elit atau berpelajaran turut terlibat dalam usah menuntut merdeka. Suhaime Baba mampu membawa senario zaman menutut kemerdekaan di depan mata kita seolah-olah kita berada di situasi itu, kehangatan ambang kemerdekaan pasti dapat dirasai oleh semua penonton.
Penulisan skrip yang bagus telah menjadikan sejarah kemerdekaan sesuatu yang menarik untuk di tonton. Hati Malaya juga berjaya mengingatkan kembali beberapa perkara seperti nilai kebudayaan, kemasyarakatan, dan cara hidup yang kian luput dalam arus kemodenan. Selain itu, filem ini juga menunjukkan bahawa bukan Tunku seorang sahaja yang bertanggungjawab sepenuh ke atas kemerdekaan, ramai pemimpin yang telah dilupakan oleh rakyat kerana tiada pendedahan yang banyak tentang mereka tetapi menerusi Hati Malaya kita dapat melihat beberapa tokoh seperti Zaaba, Ibu Zain yang turut menyumbang dalam usaha mendapatkan kemerdekaan, filem ini membuatkan kita mengingati kembali mereka.
Set dan ‘props’ yang digunakan telah menghidupkan zaman sekitar 1940-an walaupun keadaan Kampung Baru kini telah berubah. Pakaian yang digunakan oleh barisan pelakon dalam babak-babak zaman pra-kemerdekaan menepati ciri-ciri kemelayuan rakyat pada waktu tersebut seperti kaum wanita berbaju kebaya , baju kurung, berselendang,dan baju melayu bagi lelaki. Di dalam filem ini, ada sebuah babak yang sangat menarik iaitu ialah gaya pecahan rakaman Onn Jaafar bersama pengikutnya dan Tunku dengan pengikutnya semasa bercakap tentang perselisihan faham di antara mereka, gaya ini merupakn satu sinematik yang baik.
Watak utama dalam filem ini ialah Tunku Abdul Rahman (lakonan Kamarulzaman Taib) dan Dato’Onn Jaafar (lakonan Zaefrul Nordin), kedua-dua watak ini telah memberi kesan yang mendalam kepada khalayak lakonan mereka dari segi gaya percakapan, berjalan dan solekan juga berjaya mengubah pelakon-pelakon bukan saja dari segi fizikal, malah penghayatan serta mainan emosi pelakon itu berjaya mendapat tempat di hati penonton.
Watak Tunkun digambarkan dengan jelas bahawa beliau seorang yang tidak banyak bercakap, tidak mengambil keputusan yang terburu-buru, penyayang, seorang yang berjiwa rakyat dan menggunakan loghat kedah semasa bercakap. Tunku juga seorang yang beremosi ini ditunjukkan dalam babak apabila beliau dapat sokongan orang ramai dengan memberikan duit dan barang kemas yang ada pada mereka sebagai sumbangan membiayai kos hendak pergi ke London untuk membincangkan perihal tuntutan kemerdekaan, beliau menangis dan mengucap terima kasih kepada orang ramai.
Dato’Onn Jaafar pula adalah seorang watak yang paling penting dalam filem tersebut. Shumi cuba menghidupkan Dato’Onn Jaafar dalam file mini dan memberitahu khalayak tentang perjuangan sebenar Dato’Onn Jaafar dalam sejarah Malaysia. Berwatakkannya seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan tajam. Tiada seorang yang mamahami apa yang tersirat dalam permikirannya dan juga hati seorang pemimpin yang agung pada zaman tersebut. Dato Onn tidak melihat kepada keselesaan dan nikmat yang pendek tetapi melihat kepada keharmonian, kemakmuran dan kebahagian yang berpanjangan dan berkekalan.

Maya Karin memainkan dua watak iaitu satu sebagai seorang gadis di kampung yang menjadi penyokong setia kepada UMNO di bawah kepimpinan Tunku dan remaja moden yang berpendidikan yang membuat kajian tentang sejarah kemerdekaan. Dia telah Berjaya menghidupkan watak yang dipegangnya, matanya mampu bercerita dan menujukkan emosinya dengan hanya air muka walaupun wataknya tidak banyak berdialog.Suhaime Baba telah menggunakan kisah cinta di antara dua pemuda pada masa itu untuk menarik perhatian khalayak supaya tidak berasa bosan kerana jalan ceritanya adalah bersejarah seolah-olah dokumentari, iaitu watak yang dilakonkan oleh Maya Karin dan Rusdi Ramli, walaupun kedu-dua watak ini menyokong gerakan pemimpin yang berlainan namun perasaan cinta masih mendalam dan akhirnya mereka bersatu, babak percintaan yang di tunjukkan sangat dramatik dan memebuatkan penonton hendak mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya, adakah cinta mereka berjaya atau gagal.

No comments: